Notis Perlindungan Data Peribadi

 

ASSAB Steels (Malaysia) Sdn Bhd

(Berkuatkuasa pada: 6 Jun 2022)
(Terakhir dikemaskini pada: 6 Jun 2022)

 

PENGENALAN

ASSAB Steels (Malaysia) Sdn Bhd (“AMY”) mengambil berat mengenai perlindungan data peribadi anda. Notis ini menjelaskan bagaimana AMY memproses data peribadi anda bermula daripada pengumpulan, penggunaan, perkongsian dan pemusnahan serta langkah keselamatan yang kami ambil untuk memastikan data peribadi anda dilindungi sebaiknya.

 

PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Kami mengumpul data peribadi semasa perniagaan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, alamat pejabat, alamat e-mel pejabat, nombor telefon bimbit, nombor telefon pejabat, pertanyaan atau pesanan anda dan dokumen berkaitan.

 

SUMBER PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Kami mendapatkan data peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  1. Borang pembelian, dokumen jualan dan penghantaran
  2. Cookies, Analitis Google dan Peta Openstreet
  3. Sebarang dokumentasi yang berkaitan dengan jualan dan pembelian
  4. Pertanyaan anda (sama ada dibuat melalui telefon atau melalui e-mel)
  5. Internet

 

TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Kami mengumpul data peribadi anda untuk:

  1. Memproses permohonan anda untuk membeli produk / servis kami
  2. Menghantar produk kami kepada lokasi pilihan anda
  3. Menatasi pertanyaan, aduan / isu penghantaran (sekiranya berlaku)
  4. Menghantar bahan pemasaran / promosi kepada anda (dengan persetujuan baharu)
  5. Mematuhi kewajipan undang-undang
  6. Berkomunikasi dengan anda

 

BAGAIMANA DATA PERIBADI DIPROSES

Tanpa persetujuan anda, kami tidak akan memindahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga, melainkan kami dikehendaki berbuat demikian untuk memenuhi kewajipan kontrak kami atau untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan.

Kami melibatkan pemproses (iaitu penyedia perkhidmatan) untuk memproses data peribadi (dalam skop kontrak sokongan IT, contohnya). Pemproses ini terikat secara kontrak untuk mematuhi peraturan perlindungan data yang berkenaan.

 

PENZAHIRAN DATA PERIBADI

Kami akan menzahirkan data peribadi anda kepada:

  1. Pihak perkhidmatan kami yang dilantik
  2. Pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan untuk tujuan perundangan/kawal selia
  3. Kumpulan syarikat kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada syarikat induk kami

 

LANGKAH KESELAMATAN

Kami mengambil langkah-langkah keselamtan berikut untuk melindungi data peribadi anda:

  1. Memastikan data peribadi anda disimpan dengan sebaiknya mengikut kehendak Akta Perlindungan Data Peribadi (“APDP”)
  2. Memastikan kakitangan / pihak perkhidmatan kami tidak menyalahgunakan data peribadi anda
  3. Melaksanakan kontrak / perjanjian dengan pihak perkhidmatan kami

Walau bagaimanapun, anda bertanggungjawab untuk menjaga kata laluan dengan baik dan tidak menzahirkannya kepada pihak lain bagi mengelakkan risiko pencerobohan terhadap data peribadi anda.

 

TEMPOH PENYIMPANAN DATA PERIBADI

Kami akan menyimpan data peribadi anda selama tempoh yang dibenarkan di bawah APDP atau selagi anda kekal sebagai pelanggan kami, yang mana kemudian. Sekiranya anda tidak lagi menjadi pelanggan kami, data peribadi anda akan dihapuskan secara kekal.

 

HAK ANDA

Anda berhak untuk:

  1. Membetulkan / mengemaskini data peribadi anda
  2. Mengakses data peribadi anda yang telah diproses dan disimpan oleh kami
  3. Menghentikan penghantaran bahan pemasaran / promosi kami kepada anda
  4. Menarik balik persetujuan memproses data peribadi. Sekiranya anda menarik balik persetujuan anda, kami mungkin tidak dapat menyediakan produk atau perkhidmatan kepada anda

 

HUBUNGI KAMI

Jika anda mempunyai sebarang soalan berkaitan dengan data peribadi anda, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data Peribadi kami:

(Nama): Ms Noreen Lee
(Jawatan): Pegawai Perlindungan Data Peribadi
(Alamat):  Lot PT 3812, Jalan 4D, Seksyen U6 Kampung Baru, Subang, 40150 Shah Alam Selangor,    Malaysia
(No. Telefon): +60 3 78481368
(E-mel): PDPO@assab.com.my

 

Please use a browser that is not outdated.

You are using an outdated web browser.

Errors may occur when using the website.